21 August 2008

PROFESIONALISME DI DALAM PENGURUSAN BOLASEPAK

Kedah Melangkah Ke Akhir
PEMAIN Terengganu, Ismail Faruqi (kiri) cuba diasak pemain Kedah, Shafizan Hashim pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

KUALA TERENGGANU - Penyandang juara, Kedah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 2-0 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, malam tadi.
Kedah mara menerusi agregat 3-2 selepas menang 3-0 dalam separuh akhir pertama di Stadium Alor Star, empat hari lalu.
Kemenangan tersebut sekali gus menemukan Kedah dengan Selangor dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini.
Komen Saya,
Prestasi yang dipamerkan oleh penyandang juara 3 piala tahun 2007 ( Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Liga Super ) iaitu Pasukan Kedah melangkah ke Final Piala Malaysia musim 2008 dan menjuarai Piala Liga Super dan Piala FA membuktikan Pengurusan Pasukan yang cekap dan bersistematik disamping memiliki barisan kejurulatihan yang mantap serta profesional ditambah dengan tiada campur tangan daripada orang politik di dalam aspek pengurusan kejurulatihan, memberi ruang yang luas kepada jurulatih untuk merancang dan membentuk sebuah pasukan bolasepak yang mantap dan berprestasi tinggi. Itu pandangan saya.....

14 August 2008

AFC di Malaysia?

Kekalkan AFC di Bukit Jalil

PEKAN - Cadangan pucuk pimpinan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mahu memindahkan ibu pejabat AFC dari Bukit Jalil ke negara lain dilihat tidak wajar berlaku.
Malah menurut Naib Presiden AFC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda sendiri tidak mengetahui apa rasional dan objektif mengapa ibu pejabat AFC perlu dipindahkan.
''Sebagai Naib Presiden AFC, saya sememangnya tidak bersetuju ibu pejabat AFC dipindahkan, sebaliknya kepimpinan tertinggi AFC seharusnya mengkaji semula cadangan perpindahan itu.

Komen Saya,

Pada pandangan saya memang baik dan tepat sekali jika Ibu Pejabat AFC dikekalkan di Malaysia demi pembangunan dan kemajuan sukan Bolasepak Malaysia yang menjadi sukan no. 1 di negara ini. Tetapi sejak sekian lama AFC bertapak di Malaysia dan suatu ketika dulu diterajui oleh rakyat Malaysia. Malangnya mutu bolasepak Malaysia masih ketinggalan dikalangan negara-negara jiran Asean dan amat terkebelakang jika dilihat di dalam rangking Asia.
Hubungan dingin antara FAM dan AFC semakin jelas kelihatan apabila timbul isu penganjuran CYC yang terpaksa dibatalkan Julai lalu gara-gara FAM tidak memberi restu dan persetujuan walaupun pihak KBS telah membayar separuh daripada perbelanjaan penganjuran kepada pihak Gifted Group.
Akhir kata, pada pendapat saya sukan di Malaysia lebih banyak isu daripada kejayaan. Eloklah pemimpin-pemimpin sukan mengkaji semula sama ada mereka benar-benar layak duduk diperingkat Pengurusan. Sikap mementingkan diri sendiri tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada kemajuan sukan khususnya sukan bolasepak Malaysia.

13 August 2008

Masih Belum Mahir Buat Blog

Terimakasih pada Pn Siti kena banyak memberi tunjukajar dan ilmu baru terutama nak buat blog ni...
Sekarang dah mula faham dan jam yang disuruh buat tu pun dah boleh masukkan...