TINTA HATI

17 October 2008

TOLONG JANGAN PERLEKAH SKUAD NEGARA

Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD DAN FERZALFIE FAUZI

PETALING JAYA - Pihak yang memperlekehkan sebarang keputusan yang diperoleh sama ada menang mahupun kalah, akan sentiasa mencipta alasan dan mencari apa sahaja yang tidak kena pada skuad bola sepak negara khasnya dalam Pestabola Merdeka Ke-40 ketika ini.
Jika menang sekalipun, mereka akan menganggapnya kerana lawan terlalu lemah dan tuan rumah dibantu keadaan padang atau cuaca tertentu tetapi kecaman akan bertambah keras sekiranya anak buah B. Sathianathan kalah kepada pasukan seperti itu di Stadium Petaling Jaya, kelmarin.
Komen Saya,
Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bolasepak Negara kerana berjaya mengatasi cabaran Nepal dalam saingan Bolasepak Pestabola Merdeka. Kritikan demi kritikan terhadap Pasukan Bolasepak negara telah lama kedengaran. Walaubagaimanapun, Pasukan Bolasepak negara harus berfikiran positif terhadap kritikan tersebut dan menganggapnya sebagai pembakar semangat bagi menempuhi cabaran-cabaran yang akan datang. Janganlah bersikap mudah berpuas hati dengan kemenangan yang besar terhadap lawan tak kiralah sama ada lawan itu mempunyai status yang lebih baik dalam ranking dunia atau tidak.
Pasukan Bolasepak negara seharusnya memperkemaskan lagi teknik dan strategi bagi menghadapi saingan yang lebih mencabar di dalam sukan Bolasepak bukan sahaja untuk Pestabola Merdeka, malah untuk lain-lain pertandingan yang akan disertai di masa-masa akan datang. Mutu dan semangat berpasukan haruslah ditanamkan dengan lebih berkesan agar Pasukan Bolasepak negara kita akan dapat mencapai seperti mana taraf bolasepak kita di satu masa dulu.
Disamping usaha dan kerja keras pasukan bolasepak negara, sokongan daripada penyokong khususnya penonton tempatan serta pihak Pengurusan Bolasepak Negara (FAM) amatlah penting seiring dengan matlamat sukan negara bagi melahirkan Pasukan Bolasepak yang digeruni seperti mana Pasukan Bolasepak negara di zaman 70-an dahulu.

26 September 2008

BAM PERLU BENTUK PEMAIN PELAPIS

TIGA PEMAIN SENIOR BERSARA

KUALA LUMPUR - Pembentukan wajah baru skuad badminton Malaysia bakal bermula dari sekarang apabila tiga pemain senior yang selama ini menjadi tunjang dan anggota tetap pasukan berundur, sekali gus memberi laluan kepada pemain-pemain muda.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini bakal mengumumkan persaraan tiga pemain yang amat berpengaruh dalam arena badminton tanah air dan antarabangsa iaitu beregu handalan, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah serta jaguh perseorangan, Wong Choong Hann.
Komen Saya,
Ini komen kedua berkaitan pemain veteran dalam BAM. Tindakan untuk mengundur diri 3 pemain veteran BAM tersebut sepatutunya telah lama dibuat sebelum sukan olimpik lagi. Pendedahan kepada pemain muda atau pelapis seharusnya telah lama dipraktikkan, ambil contoh pemain Indonesia dan China yang telah mendedahkan pemain muda ke Kejohanan Antarabangsa yang mana berjaya mengalahkan pemain negara di dua Kejohanan yang terbaru iaitu Super Siri Jepun dan yang terkini di Super Siri China yang mana pemain senior BAM tersungkur di pusingan awal lagi. Inilah akibatnya terlalu mengharap kepada pemain senior. Walaupun ada nama tetapi komitmen dan semangat juang untuk negara layu dan terkulai.
Ini musibah jika pemain yang pernah menjuarai satu-satu kejohanan besar seperti 'All England' disambut dan dilayan seperti raja bila pulang ke tanah air. Bukan tak boleh memberi penghargaan tapi berpada-pada dan jangan sampai pemain lupa daratan. Jadi kepada BAM pikir-pikirkan lah sebelum nasi menjadi bubur untuk kali yang ke berapa. Ini pandangan saya.

19 September 2008

HUKUMAN MERAGUKAN

KOAM KENAKAN HUKUMAN RINGAN?
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM), semalam melarang seorang pegawainya yang didakwa terlibat mencabul seorang pegawai perhubungan (LO) ketika Terbuka Taiwan, Mei lalu, daripada mewakili pasukan, negeri atau negara sehingga satu tempoh yang diberitahu kelak.
Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya mendapati pegawai berkenaan cuma terlibat dalam perbuatan yang meragukan atas tugasnya sebagai seorang pegawai sukan dan bukannya berkaitan sebarang gangguan seks terhadap LO terbabit yang juga seorang pelajar Malaysia di negara itu.
Komen Saya,
Ini komen kedua saya berkaitan kes seorang pegawai KOAM yang didakwa mencabul pegawai perhubungan LO semasa kejohanan olahraga di Taiwan. Dalam komen pertama, telah timbul keraguan kerana panel j/kuasa tatetertib yang dilantik oleh KOAM dianggotai kebanyakkannya orang dalaman badan itu. Jadi hukuman yang diputuskan oleh j/kuasa tersebut pasti ada sedikit kemusykilan dan akan meragukan banyak pihak khususnya keluarga atlit yang menjadi mangsa.
Inilah jadinya jika j/kuasa yang dibentuk tidak mencerminkan ketelusan. Bukankah kita ada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara serta Pesuruhjaya Sukan... mengapa seorang pun dari badan-badan ini tidak dilantik menganggotai panel j/kuasa tersebut? Panel yang dilantik perlu bebas dan tidak dipengaruhi oleh keputusan pemimpin badan yang mana pegawai yang didakwa dari badan tersebut.
Ini harus dijadikan contoh oleh badan-badan sukan yang lain. Jangan hanya nila setitik rosak susu sebelanga. Ambillah kejadian ini sebagai iktibar dan teladan yang tak perlu dicontohi demi nama baik negara dipersada sukan antarabangsa. Walaubagaimanapun keputusan hukuman ini tetap meragukan. Ini pendapat saya..... jika ada lain-lain pandangan bolehlah dikongsi bersama.

12 September 2008

JANGAN PISANG BERBUAH DUA KALI

SEGAMAT - Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melarang pemain import beraksi dalam Liga Malaysia mulai musim depan muktamad walaupun terdapat suara-suara yang mendesak agar arahan itu dikaji semula.
Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin menegaskan, keputusan tersebut telah dipersetujui dan ia akan tetap diteruskan kerana pihaknya yakin larangan itu membolehkan pemain tempatan mengetengahkan bakat mereka setiap kali perlawanan.
"Keputusan melarang pemain import beraksi mulai musim depan adalah muktamad dan FAM tidak akan berganjak, malah tidak akan meminda keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini.



Komen Saya,



FAM harus peka dan memahami kehendak penonton tempatan walaupun keputusan yang dibuat mempunyai tujuan yang baik bagi pembangunan pemain-pemain tempatan, harus diingat ini merupakan kali ke dua pemain import dilarang bermain di liga Malaysia. Kedua-dua elemen desakan penonton tempatan dan adanya pemain import jika dinilai ada memberi kesan positif dalam kemajuan bolasepak di negara ini.

FAM, bila bertukar kepimpinan berubah dasar yang dibuat. Ini menunjukkan apa yang dirancang dan diputuskan gagal mencapai matlamat. Pemimpin baru dengan idea baru. Idea yang lama walaupun terbukti agak berhasil akan diketepikan. Tidak salah mengemukakan idea dan keputusan baru tetapi harus diingat bermacam-macam rancangan dan pembangunan telah dibuat dan hasilnya ranking bolasepak negara dalam FIFA yang terbaru berkedudukan 161. Itu kalau tak silap saya lah...

Rumusannya FAM jangan tergesa-gesa membuat keputusan mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan perasaan peminat fanatik bolasepak negara. Jangan jadi 'Pisang Berbuah Dua Kali'

Fikir-fikirkanlah......demi Bolasepak negara.

05 September 2008

Tersalah Pilih Bergu Badminton

'Kami rela berundur'

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI

KUALA LUMPUR - Beregu veteran negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah akan beraksi pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia, Januari tahun depan sebelum berundur sendiri dengan rela.

Menurut Wan Wah, tindakan ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky menyisihkan mereka daripada perancangan masa depan, sedikit pun tidak mengecilkan hati, malah ia sudah diduga sebelum Sukan Olimpik 2008 lagi.

Komen Saya,

Walaupun gagal di Olimpik Beijing 2008, satu penghormatan harus diberi kepada pasangan veteran tersebut yang telah mencipta banyak kejayaan diperingkat antarabangsa ketika masa masih bertenaga dan berjaya mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton.
Walaubagaimanapun pemilihan pasangan tersebut yang tewas dipusingan pertama semasa olimpik yang lepas harus dijadikan garis panduan kepada BAM agar memilih pasangan yang benar-benar bersedia dari aspek fizikal, mental dan kesihatan. Bukan memilih pasangan tersebut atas faktor belas kasihan memandangkan ini adalah olimpik yang terakhir bagi pasangan veteran itu.
BAM seharusnya lebih peka dan dapat menilai prestasi pasangan bergu badminton yang sedang mencapai tahap prestasi tertinggi ketika itu yang telah memenangi dua Kejohanan Super Serie di Terbuka Singapura dan Indonesia iaitu Zakri dan Farizzuan yang selayaknya mengisi salah satu slot dua regu yang diperuntukkan kepada kontinjen Malaysia bagi acara badminton.
' Nasi telah menjadi bubur ' pasangan tersebut tak seharusnya dipersalahkan. BAM sepatutnya yang harus memikul tanggungjawab tersebut atas kegagalan bergu tersebut. Berhati-hati bila membuat sesuatu keputusan demi kemajuan sukan negara.

03 September 2008

KEMELUT DALAM KOAM

KES CABUL PEGAWAI KOAM


Oleh SAYED HESHAM IDRIS
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan wujudnya kes berhubung dakwaan beberapa atlet negara mengenai seorang pegawai kesatuan itu yang terlibat dalam kes cabul seorang pegawai perhubungan (LO) wanita.
Menurutnya, beliau telah menerima laporan penuh siasatan awal kes berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita KOAM, Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaafar semalam.

KOMEN SAYA,

Ini bukan perkara baru dalam KOAM, sejarah pernah tercatit kes-kes begini di dalam KOAM. Sama ada betul atau tidak hanya Tuhan yang tahu, pernah terjadi seorang atlit meninggal dunia gara-gara menanggung malu akibat dicabul oleh jurulatih sendiri dan terbukti juga kebenarannya apabila seorang jurulatih olahraga KOAM dijatuhkan hukuman penjara akibat mencabul atlit yang dibimbingnya (Haruan Makan Anak).
Pekung dalaman KOAM tidak boleh ditutup dan disiasat oleh pegawai KOAM sendiri. Hanya dalam jangkamasa yang singkat hasil siasatan tidak dapat memberikan hasil yang memuaskan semua pihak. Justeru adalah lebih baik siasatan ini dipertanggungjawabkan kepada pihak yang berkecuali seperti KBS, MSN ataupun MOM agar dapat memperbetulkan salahlaku dan mencari jalan penyelesaian. Yang bersalah harus dihukum dengan hukuman yang setimpal agar menjadi teladan kepada pegawai-pegawai yang lain.
Itu perihal pegawai. Bagi atlit pula, harus pandai menjaga diri dan prestasi semasa. Jangan cuba menangguk di air yang keroh. Prestasi tak seberapa tetapi pandai jaga hati pegawai dan jurulatih demi kepentingan peribadi sehingga sanggup lakukan apa saja untuk menarik perhatian. Tiba masa diketepikan oleh jurulatih barulah segala pekung jurulatih didedahkan.
Bak kata pepatah ' tepuk sebelah tangan takkan berbunyi' . Itu andaian saya saja.

21 August 2008

PROFESIONALISME DI DALAM PENGURUSAN BOLASEPAK

Kedah Melangkah Ke Akhir
PEMAIN Terengganu, Ismail Faruqi (kiri) cuba diasak pemain Kedah, Shafizan Hashim pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

KUALA TERENGGANU - Penyandang juara, Kedah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 2-0 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, malam tadi.
Kedah mara menerusi agregat 3-2 selepas menang 3-0 dalam separuh akhir pertama di Stadium Alor Star, empat hari lalu.
Kemenangan tersebut sekali gus menemukan Kedah dengan Selangor dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini.
Komen Saya,
Prestasi yang dipamerkan oleh penyandang juara 3 piala tahun 2007 ( Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Liga Super ) iaitu Pasukan Kedah melangkah ke Final Piala Malaysia musim 2008 dan menjuarai Piala Liga Super dan Piala FA membuktikan Pengurusan Pasukan yang cekap dan bersistematik disamping memiliki barisan kejurulatihan yang mantap serta profesional ditambah dengan tiada campur tangan daripada orang politik di dalam aspek pengurusan kejurulatihan, memberi ruang yang luas kepada jurulatih untuk merancang dan membentuk sebuah pasukan bolasepak yang mantap dan berprestasi tinggi. Itu pandangan saya.....