21 August 2008

PROFESIONALISME DI DALAM PENGURUSAN BOLASEPAK

Kedah Melangkah Ke Akhir
PEMAIN Terengganu, Ismail Faruqi (kiri) cuba diasak pemain Kedah, Shafizan Hashim pada saingan separuh akhir kedua Piala Malaysia di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, semalam.

KUALA TERENGGANU - Penyandang juara, Kedah melangkah ke perlawanan akhir Piala Malaysia walaupun tewas 2-0 kepada Terengganu pada separuh akhir kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kompleks Sukan Negeri Gong Badak, malam tadi.
Kedah mara menerusi agregat 3-2 selepas menang 3-0 dalam separuh akhir pertama di Stadium Alor Star, empat hari lalu.
Kemenangan tersebut sekali gus menemukan Kedah dengan Selangor dalam perlawanan akhir yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Ahad ini.
Komen Saya,
Prestasi yang dipamerkan oleh penyandang juara 3 piala tahun 2007 ( Piala Malaysia, Piala FA dan Piala Liga Super ) iaitu Pasukan Kedah melangkah ke Final Piala Malaysia musim 2008 dan menjuarai Piala Liga Super dan Piala FA membuktikan Pengurusan Pasukan yang cekap dan bersistematik disamping memiliki barisan kejurulatihan yang mantap serta profesional ditambah dengan tiada campur tangan daripada orang politik di dalam aspek pengurusan kejurulatihan, memberi ruang yang luas kepada jurulatih untuk merancang dan membentuk sebuah pasukan bolasepak yang mantap dan berprestasi tinggi. Itu pandangan saya.....

2 comments:

Amar said...

Tahniah juga kepada pasukan Selagor kerana berjaya ke pertandingan akhir Piala Malaysia. Insyaallah pasukan Selangor akan membawa balik Piala Malaysia ini ke Negeri Selangor. Pada perlawanan akhir Piala FA lalu, nampak macam berpeluang menang tetapi tiada luck....
Saya setuju dengan pendapat Tn Aris kita, kerana biasanya pengurusan pasukan yang mantap memain peranan yang penting untuk kejayaan sesebuah pasukan selain daripada sokongan penonton dan pelbagai pihak.
Kebiasaannya sekiranya pihak pengurusan menjaga kebajikan pemain dengan baik juga pasti pasukan tersebut akan berjaya, senagai contoh bekas pengurus pasukan Kedah yang lalu iaitu Allahyarham Dato Basri Akil yang telah meninggal beberapa bulan lalu. Beliau boleh dianggap Bapa Pembangunan Bolasepak Negeri Kedah yang kejayaannya boleh dilihat hingga kini.

SRMC - The Solution Resource said...

Salam,

Saya bersetuju dengan abag Aris, tiada campur tangan politik dalam urusan pemilihan pemain dan juga pengurusan. walaubagaimanapun Sukan juga ada sedikit politik kerana politik dapat mebantu menaikkan sesuatu sukan tersebut.

Walaubagaimanapun, KEDAH JUARA

Sekian,

K_Real