14 August 2008

AFC di Malaysia?

Kekalkan AFC di Bukit Jalil

PEKAN - Cadangan pucuk pimpinan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mahu memindahkan ibu pejabat AFC dari Bukit Jalil ke negara lain dilihat tidak wajar berlaku.
Malah menurut Naib Presiden AFC, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, baginda sendiri tidak mengetahui apa rasional dan objektif mengapa ibu pejabat AFC perlu dipindahkan.
''Sebagai Naib Presiden AFC, saya sememangnya tidak bersetuju ibu pejabat AFC dipindahkan, sebaliknya kepimpinan tertinggi AFC seharusnya mengkaji semula cadangan perpindahan itu.

Komen Saya,

Pada pandangan saya memang baik dan tepat sekali jika Ibu Pejabat AFC dikekalkan di Malaysia demi pembangunan dan kemajuan sukan Bolasepak Malaysia yang menjadi sukan no. 1 di negara ini. Tetapi sejak sekian lama AFC bertapak di Malaysia dan suatu ketika dulu diterajui oleh rakyat Malaysia. Malangnya mutu bolasepak Malaysia masih ketinggalan dikalangan negara-negara jiran Asean dan amat terkebelakang jika dilihat di dalam rangking Asia.
Hubungan dingin antara FAM dan AFC semakin jelas kelihatan apabila timbul isu penganjuran CYC yang terpaksa dibatalkan Julai lalu gara-gara FAM tidak memberi restu dan persetujuan walaupun pihak KBS telah membayar separuh daripada perbelanjaan penganjuran kepada pihak Gifted Group.
Akhir kata, pada pendapat saya sukan di Malaysia lebih banyak isu daripada kejayaan. Eloklah pemimpin-pemimpin sukan mengkaji semula sama ada mereka benar-benar layak duduk diperingkat Pengurusan. Sikap mementingkan diri sendiri tidak akan mendatangkan sebarang keuntungan kepada kemajuan sukan khususnya sukan bolasepak Malaysia.

2 comments:

aiShaH said...

Salam.. ada + & - jika tiada golongan politik dalam sukan. Salah satunya sukar dapat penajaan dan publisiti.. Banyak perkara kena difikirkan

zepp said...

Sy setuju ditukarkan saja AFC di tempat lain...mereka pun bukan tahu nk mengurusnya...mcm2 hal mereka tk tahu sebenarnya..tahu cakap aja...kita rugi bkn kerana kita tk ada kemampuan...kita rugi kerana mereka tk tahu ambil peluang untuk kemajuan sukan kita.arios.