03 September 2008

KEMELUT DALAM KOAM

KES CABUL PEGAWAI KOAM


Oleh SAYED HESHAM IDRIS
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR - Presiden Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM), Datuk Seri Shahidan Kassim mengesahkan wujudnya kes berhubung dakwaan beberapa atlet negara mengenai seorang pegawai kesatuan itu yang terlibat dalam kes cabul seorang pegawai perhubungan (LO) wanita.
Menurutnya, beliau telah menerima laporan penuh siasatan awal kes berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita KOAM, Datuk Paduka Dr. Mumtaz Jaafar semalam.

KOMEN SAYA,

Ini bukan perkara baru dalam KOAM, sejarah pernah tercatit kes-kes begini di dalam KOAM. Sama ada betul atau tidak hanya Tuhan yang tahu, pernah terjadi seorang atlit meninggal dunia gara-gara menanggung malu akibat dicabul oleh jurulatih sendiri dan terbukti juga kebenarannya apabila seorang jurulatih olahraga KOAM dijatuhkan hukuman penjara akibat mencabul atlit yang dibimbingnya (Haruan Makan Anak).
Pekung dalaman KOAM tidak boleh ditutup dan disiasat oleh pegawai KOAM sendiri. Hanya dalam jangkamasa yang singkat hasil siasatan tidak dapat memberikan hasil yang memuaskan semua pihak. Justeru adalah lebih baik siasatan ini dipertanggungjawabkan kepada pihak yang berkecuali seperti KBS, MSN ataupun MOM agar dapat memperbetulkan salahlaku dan mencari jalan penyelesaian. Yang bersalah harus dihukum dengan hukuman yang setimpal agar menjadi teladan kepada pegawai-pegawai yang lain.
Itu perihal pegawai. Bagi atlit pula, harus pandai menjaga diri dan prestasi semasa. Jangan cuba menangguk di air yang keroh. Prestasi tak seberapa tetapi pandai jaga hati pegawai dan jurulatih demi kepentingan peribadi sehingga sanggup lakukan apa saja untuk menarik perhatian. Tiba masa diketepikan oleh jurulatih barulah segala pekung jurulatih didedahkan.
Bak kata pepatah ' tepuk sebelah tangan takkan berbunyi' . Itu andaian saya saja.

No comments: