19 September 2008

HUKUMAN MERAGUKAN

KOAM KENAKAN HUKUMAN RINGAN?
Oleh ABDUL HAFIZ AHMAD
Shahidan Kassim
KUALA LUMPUR - Kesatuan Olahraga Malaysia (KOAM), semalam melarang seorang pegawainya yang didakwa terlibat mencabul seorang pegawai perhubungan (LO) ketika Terbuka Taiwan, Mei lalu, daripada mewakili pasukan, negeri atau negara sehingga satu tempoh yang diberitahu kelak.
Presiden KOAM, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, pihaknya mendapati pegawai berkenaan cuma terlibat dalam perbuatan yang meragukan atas tugasnya sebagai seorang pegawai sukan dan bukannya berkaitan sebarang gangguan seks terhadap LO terbabit yang juga seorang pelajar Malaysia di negara itu.
Komen Saya,
Ini komen kedua saya berkaitan kes seorang pegawai KOAM yang didakwa mencabul pegawai perhubungan LO semasa kejohanan olahraga di Taiwan. Dalam komen pertama, telah timbul keraguan kerana panel j/kuasa tatetertib yang dilantik oleh KOAM dianggotai kebanyakkannya orang dalaman badan itu. Jadi hukuman yang diputuskan oleh j/kuasa tersebut pasti ada sedikit kemusykilan dan akan meragukan banyak pihak khususnya keluarga atlit yang menjadi mangsa.
Inilah jadinya jika j/kuasa yang dibentuk tidak mencerminkan ketelusan. Bukankah kita ada Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Sukan Negara serta Pesuruhjaya Sukan... mengapa seorang pun dari badan-badan ini tidak dilantik menganggotai panel j/kuasa tersebut? Panel yang dilantik perlu bebas dan tidak dipengaruhi oleh keputusan pemimpin badan yang mana pegawai yang didakwa dari badan tersebut.
Ini harus dijadikan contoh oleh badan-badan sukan yang lain. Jangan hanya nila setitik rosak susu sebelanga. Ambillah kejadian ini sebagai iktibar dan teladan yang tak perlu dicontohi demi nama baik negara dipersada sukan antarabangsa. Walaubagaimanapun keputusan hukuman ini tetap meragukan. Ini pendapat saya..... jika ada lain-lain pandangan bolehlah dikongsi bersama.

1 comment:

EmBuN PaGi said...

Salam,

Menteri Belia dan Sukan dah buat kenyataan hormat dan akur dengan keputusan yang dikenakan oleh KOAM dan selain itu Datuk Menteri juga mengatakan untuk ATLIT if that case still happen after this ...do not hesitate to BUAT LAPORAN POLIS...jangan tunggu lama-lama.dalam buletin semalam Menteri Belia ada maklum.

sekian.