12 September 2008

JANGAN PISANG BERBUAH DUA KALI

SEGAMAT - Keputusan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melarang pemain import beraksi dalam Liga Malaysia mulai musim depan muktamad walaupun terdapat suara-suara yang mendesak agar arahan itu dikaji semula.
Timbalan Presiden FAM, Khairy Jamaluddin menegaskan, keputusan tersebut telah dipersetujui dan ia akan tetap diteruskan kerana pihaknya yakin larangan itu membolehkan pemain tempatan mengetengahkan bakat mereka setiap kali perlawanan.
"Keputusan melarang pemain import beraksi mulai musim depan adalah muktamad dan FAM tidak akan berganjak, malah tidak akan meminda keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini.



Komen Saya,



FAM harus peka dan memahami kehendak penonton tempatan walaupun keputusan yang dibuat mempunyai tujuan yang baik bagi pembangunan pemain-pemain tempatan, harus diingat ini merupakan kali ke dua pemain import dilarang bermain di liga Malaysia. Kedua-dua elemen desakan penonton tempatan dan adanya pemain import jika dinilai ada memberi kesan positif dalam kemajuan bolasepak di negara ini.

FAM, bila bertukar kepimpinan berubah dasar yang dibuat. Ini menunjukkan apa yang dirancang dan diputuskan gagal mencapai matlamat. Pemimpin baru dengan idea baru. Idea yang lama walaupun terbukti agak berhasil akan diketepikan. Tidak salah mengemukakan idea dan keputusan baru tetapi harus diingat bermacam-macam rancangan dan pembangunan telah dibuat dan hasilnya ranking bolasepak negara dalam FIFA yang terbaru berkedudukan 161. Itu kalau tak silap saya lah...

Rumusannya FAM jangan tergesa-gesa membuat keputusan mengikut perasaan sendiri tanpa memikirkan perasaan peminat fanatik bolasepak negara. Jangan jadi 'Pisang Berbuah Dua Kali'

Fikir-fikirkanlah......demi Bolasepak negara.

1 comment:

Amar said...

Pada saya FAM sudah pasti telah buat kajian tentang larangan pemain import pada musim depan ni. Tapi kalu di ikur senaria dan prestasi pasukan KEDAH dan PERAK yang bertanding di peringkat Asia, saya rasa perlu dikaji semula dan dikekalkan peraturan tersebut.
Seperti saya katakan diawal isu ini, FAM seakan mengambil tindakan satu langkah ke belakang, tanpa pemain import seolah-olah pasukan dari Msia ni lesu.
Di Eropah kelab-kelan sanggup beli pemain yang berkualiti dan mahal unutk bersaing di peringkat Eropah disamping membantu juga dalam liga tempatan masing-masing.
Baru ni pun Presiden FAM pun sudah suarakan tidak puashati dengan prestasi Setiausaha FAM.so kita tengok apa akan jadi lepas ni..