26 September 2008

BAM PERLU BENTUK PEMAIN PELAPIS

TIGA PEMAIN SENIOR BERSARA

KUALA LUMPUR - Pembentukan wajah baru skuad badminton Malaysia bakal bermula dari sekarang apabila tiga pemain senior yang selama ini menjadi tunjang dan anggota tetap pasukan berundur, sekali gus memberi laluan kepada pemain-pemain muda.
Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini bakal mengumumkan persaraan tiga pemain yang amat berpengaruh dalam arena badminton tanah air dan antarabangsa iaitu beregu handalan, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah serta jaguh perseorangan, Wong Choong Hann.
Komen Saya,
Ini komen kedua berkaitan pemain veteran dalam BAM. Tindakan untuk mengundur diri 3 pemain veteran BAM tersebut sepatutunya telah lama dibuat sebelum sukan olimpik lagi. Pendedahan kepada pemain muda atau pelapis seharusnya telah lama dipraktikkan, ambil contoh pemain Indonesia dan China yang telah mendedahkan pemain muda ke Kejohanan Antarabangsa yang mana berjaya mengalahkan pemain negara di dua Kejohanan yang terbaru iaitu Super Siri Jepun dan yang terkini di Super Siri China yang mana pemain senior BAM tersungkur di pusingan awal lagi. Inilah akibatnya terlalu mengharap kepada pemain senior. Walaupun ada nama tetapi komitmen dan semangat juang untuk negara layu dan terkulai.
Ini musibah jika pemain yang pernah menjuarai satu-satu kejohanan besar seperti 'All England' disambut dan dilayan seperti raja bila pulang ke tanah air. Bukan tak boleh memberi penghargaan tapi berpada-pada dan jangan sampai pemain lupa daratan. Jadi kepada BAM pikir-pikirkan lah sebelum nasi menjadi bubur untuk kali yang ke berapa. Ini pandangan saya.

No comments: