05 September 2008

Tersalah Pilih Bergu Badminton

'Kami rela berundur'

Oleh NORZIE MOHD. KHASBI

KUALA LUMPUR - Beregu veteran negara, Choong Tan Fook-Lee Wan Wah akan beraksi pada kejohanan badminton Terbuka Malaysia, Januari tahun depan sebelum berundur sendiri dengan rela.

Menurut Wan Wah, tindakan ketua jurulatih beregu, Rexy Mainaky menyisihkan mereka daripada perancangan masa depan, sedikit pun tidak mengecilkan hati, malah ia sudah diduga sebelum Sukan Olimpik 2008 lagi.

Komen Saya,

Walaupun gagal di Olimpik Beijing 2008, satu penghormatan harus diberi kepada pasangan veteran tersebut yang telah mencipta banyak kejayaan diperingkat antarabangsa ketika masa masih bertenaga dan berjaya mengharumkan nama negara di dalam sukan badminton.
Walaubagaimanapun pemilihan pasangan tersebut yang tewas dipusingan pertama semasa olimpik yang lepas harus dijadikan garis panduan kepada BAM agar memilih pasangan yang benar-benar bersedia dari aspek fizikal, mental dan kesihatan. Bukan memilih pasangan tersebut atas faktor belas kasihan memandangkan ini adalah olimpik yang terakhir bagi pasangan veteran itu.
BAM seharusnya lebih peka dan dapat menilai prestasi pasangan bergu badminton yang sedang mencapai tahap prestasi tertinggi ketika itu yang telah memenangi dua Kejohanan Super Serie di Terbuka Singapura dan Indonesia iaitu Zakri dan Farizzuan yang selayaknya mengisi salah satu slot dua regu yang diperuntukkan kepada kontinjen Malaysia bagi acara badminton.
' Nasi telah menjadi bubur ' pasangan tersebut tak seharusnya dipersalahkan. BAM sepatutnya yang harus memikul tanggungjawab tersebut atas kegagalan bergu tersebut. Berhati-hati bila membuat sesuatu keputusan demi kemajuan sukan negara.

No comments: